RSS Banner


Renungan Hujung Minggu

Posted by: ceoprofit  /  Category: General Info

Kubur penebus rasa bersalah

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) – alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
“tiba-tiba” salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya… ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba – setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. …
“tiba-tiba” itu hanya “tuduhan” manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan “aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)…

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka….)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat (”mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku”…)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur (”aku sayangkan mak/abah”…
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan “sempena kematian
ibu/bapaku tersayang… .”) dan edarkan kepada masjid – macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil “orang masjid” bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun “doa orang masjid ni lebih
berkat”….)

6. buat pelbagai kenduri “hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47…..”
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid……

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung “takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah”; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak  tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, “aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?”

Abah panggil semua ini sebagai “sindrom penebus rasa bersalah”- kerana ”
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!”…..

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah  membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah
…. . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya – “Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku”
. Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat…… ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:  Dari Jabir
radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,  ”Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur  (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya..”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

“Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah…apa lah…tapi buat benda-benda pelik banyak masa…esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak…lu buat orang so lu kena la plak…moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan…

Share on Facebook

Tahun 2010- Apa Yang Anda Fikirkan

Posted by: ceoprofit  /  Category: General Info

2009 akan meninggalkan kita dan 2010 bakal tiba.

Hari ini saya akan tunjukan bagaimana orang biasa boleh mencapai
kekayaan dan kebahagian. Saya telah lakukannya dan sekarang adalah
masa untuk anda pula.

Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat
Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan
hampir RM5000 sahaja dibank!

Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada
kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa
selepas bersara kelak. Anda perlu bersedia dari sekarang.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan…

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.
Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda: Kebahagiaan, kesihatan,
kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,
sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa
1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun
ianya nampak seperti “mustahil”. (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!)

Perkara penting yang perlu anda ingati:

* Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.
* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras…tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada
zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit
sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.

Masa untuk bertindak:

1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat
komitment dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika
anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN – itu yang paling penting.
Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti.       Buangkan jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.

2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang?
Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan
anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada     sebulan sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.

3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar.Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

4. Buat matlamat BARU untuk tahun 2010. Buat keputusan apakah langkah yang perlu diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai had masa.

5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM50 sebulan di ASB! Mesti buat!)
Dengan hanya simpanan RM50 setiap bulan di ASB, wang anda akan berganda menjadi RM170,000 dalam masa 40 tahun.

6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes.
Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook “Bagaimana Untuk ….. ”

7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang
special untuk keluarga.

8. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Pasukan bolasepak Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.
10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu.

Akhir sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Mari kita jadikan 2010 tahun paling bermakna!

Share on Facebook

Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1431H

Posted by: ceoprofit  /  Category: General Info

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah – satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Share on Facebook